Kajian Tindakan Guru

 Kolokium Kajian Tindakan Guru Pra-U Daerah Sepang 2011

Kolokium Kajian Tindakan guru-guru Pra-U daerah Sepang telah dijalankan pada 14 Mei 2011, di SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Kolokium ini telah dihadiri oleh 40 orang guru Pra-U daerah Sepang, iaitu guru-guru dari SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, SMK. Sungai Pelek, dan SMK. Cyberjaya. Majlis perasmian ringkas telah dilakukan oleh Penolong PPD Sepang, iaitu Tn. Haji Sailan Misran. Kolokium ini turut dihadiri oleh Pengetua Cemerlang SMK. BBST, 4 orang pegawai daripada PPD Sepang, beberapa orang guru aliran perdana, dan dua orang guru pelatih UPSI.

Slot pertama iaitu sesi perkongsian tentang Konsep dan Prosedur Kajian Tindakan telah disampaikan oleh Cikgu Mohd. Khir Kassim, Ketua Unit Penyelidikan Pra-U SMK. BBST. Slot Kedua pula ialah sesi pembentangan laporan Kajian Tindakan oleh guru-guru Pra-U SMK. BBST. Sebanyak tujuh pembentangan telah disampaikan oleh guru-guru Pra-U SMK. BBST, termasuk pembentangan oleh Pengetua Cemerlang SMK. BBST, iaitu Tuan Haji Muskamal Mohamad Jonan yang telah berkongsi pengalaman tentang Kajian Tindakan.




Jadual Perancangan Kerja Kajian Tindakan & Kolokium
Guru Tingkatan 6 2011
SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Minggu
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
Catatan
1
3 – 7 Jan
Taklimat umum kepada guru-guru Tingkatan 6
GPK Ting. 6/Ketua Penyelidikan

2
10-14 Jan
Taklimat khusus tentang Kajian Tindakan kepada guru
GPK Ting. 6/Ketua Penyelidikan/
Guru Akademik Ting. 6

3
17 - 21 Jan
Pertemuan dengan Ketua Penyelidikan – Bincangkan Tajuk
Ketua Penyelidikan/GPK Ting. 6/Guru Akademik T6

4
24 - 28 Jan
Meneliti Refleksi Masalah
Guru Akademik Ting. 6

5
31 Feb - 4 Mac
Menulis Refleksi Masalah Guru Akademik Ting. 6

6
7 - 11 Feb
Menentukan Masalah yang Dikaji
Guru Akademik Ting. 6

7
14 - 18 Feb
Menentukan Objektif Kajian
Guru Akademik Ting. 6

8
21 - 25 Feb
Menentukan Kumpulan Sasaran
Guru Akademik Ting. 6

9
28 Feb - 4 Mac
Menyediakan Kertas Cadangan
Guru Akademik Ting. 6

10
7 - 11 Mac
PKS 1


11
21 - 25 Mac
Membuat Perancangan Aktiviti P&P

Guru Akademik Ting. 6

12
28 Mac - 1 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

13
4 - 8 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

14
11 - 15 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

15
18 - 22 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

16
25 - 29 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

17
2 - 6 Mei
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Akademik Ting. 6

18
9 - 13 Mei
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan) Guru Akademik Ting. 6

19
16 - 20 Mei
PPT


20
23 - 27 Mei
PPT


21
13 - 17 Jun
PPT


22
20 - 24 Jun
Pembinaan Kerangka dan Penulisan Abstrak dan Draf Laporan Kajian Tindakan
Guru Akademik Ting. 6

23
27 - 1 Julai
Pembinaan Kerangka dan Penulisan Abstrak dan Draf Laporan Kajian Tindakan
Guru Akademik Ting. 6

24
4 - 8 Julai
Penyelarasan dan Penyediaan Laporan Penyelidikan
Ketua Penyelidikan

25
11 - 15 Julai
Penulisan/Penyediaan Laporan Kajian Tindakan
Guru Akademik Ting. 6

26
18 - 22 Julai
Penyediaan ‘Power Point’ Persembahan
Guru Akademik Ting. 6

27
24 - 28 Julai
PKS 2
Guru Akademik Ting. 6

28
1 - 5 Ogos
Mengedit/Mencetak Laporan Penyelidikan
Guru AkademikTing. 6

29
8 - 12 Ogos
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK Penyelidikan

30
15 - 19 Ogos
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


31
22 - 26 Ogos
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


32
5 - 9 Sept
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


33
12 - 16 Sept
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK Penyelidikan

34
19 - 23 Sept
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK Penyelidikan

35
26 - 30 Sept
Dokumentasi Laporan Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK Penyelidikan

36
3 - 7 Okt
Dokumentasi Laporan Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK Penyelidikan

37
10 - 14 Okt




38
17 - 21 Okt




39
24 – 28 Okt




40
31 - 4 Nov




41
7 - 11 Nov




42
14 - 18 Nov







Ketua Penyelidikan Pra-U SMK.BBST

Jadual Perancangan Kerja Kajian Tindakan & Kolokium
Guru Tingkatan 6  2010
SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
  

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1
23 Disember 2009
Taklimat umum kepada guru-guru Tingkatan 6
GPK Ting. 6/Ketua Penyelidikan
2
Minggu 1
4 – 8 Jan
Taklimat khusus tentang Kajian Tindakan kepada guru
GPK Ting. 6/Ketua Penyelidikan/
Guru Ting. 6
3
Minggu 1
4 – 8 Jan
Pertemuan dengan Ketua Penyelidikan – Bincangkan Tajuk
Ketua Penyelidikan/GPK Ting. 6/Guru T6
4
Minggu 2
11-15 Jan
Merangka Refleksi Masalah
Guru Ting. 6
5
Minggu 3
18 – 22 Jan
Menulis Refleksi Masalah
Guru Ting. 6
6
Minggu 4 
25 – 29 Jan
Menentukan Masalah yang Dikaji
Guru Ting. 6
7
Minggu 5
1 – 5 Feb
Menentukan Objektif Kajian
Guru Ting. 6

Minggu 6
8 – 12 Feb
Menentukan Kumpulan Sasaran
Guru Ting. 6
8
Minggu 7
15 – 19 Feb
Menyediakan Kertas Cadangan
Guru Ting. 6
9
Minggu 8
22 – 26 Feb
Membuat Perancangan Aktiviti P&P
Guru Ting. 6
10
Minggu 9
1 – 5 Mac
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
11
Minggu 10
8 – 12 Mac
PKS 1                    

12
Minggu 11
22 – 26 Mac
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
13
Minggu 12  30 Mac – 2 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
14
Minggu 13
5 – 9 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
15
Minggu 14
12 – 16 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
16
Minggu 15
19 - 23 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
17
Minggu 16
26 – 30 April
Melaksanakan Aktiviti P&P (Tindakan)
Guru Ting. 6
18
Minggu 17
3 – 7 Mei
Pembinaan Kerangka dan Penulisan Abstrak dan Draf Laporan Kajian Tindakan
Guru Ting. 6
19
Minggu 18
10 – 14 Mei
Minggu Ulang Kaji
20
Minggu 19
17 – 21 Mei
PPT

21
Minggu 20
24 - 28 Mei
PPT

22
Minggu 21
31 Mei – 4 Jun
PPT

23
Minggu 22
21 – 25 Jun
Penyelarasan dan Penyediaan Laporan Penyelidikan
Guru Ting. 6
24
Minggu 23
28 – 2 Julai
Penulisan/Penyediaan Laporan Kajian Tindakan
Guru Ting. 6
25
Minggu 24
5 - 9 Julai
PKS 2

26
Minggu 25
19 – 23 Julai
Penyediaan Persembahan ‘Power Point’
Guru Ting. 6
27
Minggu 26
19 – 23 Julai
Mengedit/Mencetak Laporan Penyelidikan
Guru Ting. 6
28
Minggu 27
26 – 30 Julai
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK
29
Minggu 28
2 – 6 Ogos
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK
30
Minggu 29
9 – 13 Ogos
Pembentangan Laporan Kajian Tindakan dalam Kolokium
Ketua Penyelidikan/ AJK
31
Minggu 30
16 – 20 Ogos
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

32
Minggu 31
23 - 27 Ogos
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

33
Minggu 32
30 – 3 Sept
PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM

34
Minggu 33
20 – 24 Sept
Dokumentasi Laporan Kolokium/ fotografi
Ketua Penyelidikan/ AJK
35
Minggu 34
27 - 1 Okt
Dokumentasi Laporan Kolokium/ fotografi
Ketua Penyelidikan/ AJK

Ketua Penyelidikan Pra-U SMK.BBST



Konsep Umum Kajian Tindakan

Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott dan Adelman (1976) berpendapat, kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.

Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”. Carr dan Kemmis (1986) juga menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial. Kenyataan mereka:

Action research is a form of self-reflective inquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including education) situation in order to improve the rationality and justice of their social or educational practice; their understanding of these practices; and the situation (and institution) in which these practices are carried out.”

Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama) sewaktu mengadakan kajian. Beliau merumuskan konsep kajian tindakan dengan mengatakan bahawa:

Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and processes, and, as such, demands that the action of educational research is it self educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers gain both professionally and personally, and it is this personal commitment that counts the process of human inquiry.”

Lomax (1994) menegaskan kajian tindakan ialah penyelidikan pendidikan (educational research) yang berbeza dengan penyelidikan dalam pendidikan (research in education).

Guru-Guru Perlu Menjalankan Kajian Tindakan

Guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas. Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan pencapaian pelajar masing-masing.

Seperti yang telah diterangkan tadi, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya dengan berkesan.

Dalam hal ini guru-guru sepatutnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing atau di sekolah masing-masing untuk mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kelemahan-kelemahan dan masalah pelajar tersebut perlu ditangani oleh guru itu sendiri dan sepatutnya guru itu perlu mencari cara yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini demikian kerana, guru-guru yang mengajar di dalam sesebuah kelas itu sendiri yang tahu akan kelemahan murid-muridnya. Oleh itu, guru tersebut perlu mencuba langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelasnya sendiri.

Satu perkara lagi yang perlu diberikan perhatian ialah guru-guru itu sendiri perlu membuat muhasabah diri dan mengkaji kelemahan dirinya sendiri yang mungkin menjadi punca kelemahan dan masalah murid-muridnya. Perkara ini selalunya tidak disedari oleh guru-guru semasa mengajar murid-muridnya di dalam kelas. Ada juga guru yang menganggap dirinya sudah sempurna dan tiada kelemahan langsung hingga menyebabkan guru tersebut tidak dapat menerima kritikan atau komen daripada murid-muridnya, pandangan rakan-rakan sejawatan ataupun pihak lain yang memberikan teguran. Sepatutnya guru-guru perlu bersikap terbuka dan sanggup menerima kritikan demi kebaikan dirinya untuk membaiki kelemahan yang ada. Dengan erti kata yang lain, kajian tindakan ini juga boleh digunakan untuk mengkaji kelemahan diri, seterusnya memikirkan cara untuk membaiki kelemahan tersebut dan akhirnya akan dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru-guru di dalam kelas.

Kaedah Kajian Tindakan

Kaedah yang digunakan dalam kajian tindakan tidaklah terlalu rumit, kerana yang pentingnya ialah hasil atau dapatan yang hendak diperoleh. Kaedah untuk mendapatkan data atau maklumat perlulah mudah dan tidak kompleks untuk mengenal pasti masalah murid-murid. Hal ini demikian kerana, kajian tindakan tidak sama dengan kajian konvensional yang memerlukan kaedah kajian yang lebih lengkap dan rumit. Sampelnya pun tidak memerlukan angka atau bilangan yang besar kerana masalahnya pun tidak sama antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain dan antara satu kelas dengan kelas yang lain. Kebiasaannya, kajian tindakan ini bermula dengan refleksi pengajaran yang lepas. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti refleksi yang ditulis dalam buku rekod mengajar dan juga perkara yang kita alami semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Kaedah menganalisis data dalam kajian tindakan juga tidak memerlukan analisis yang rumit atau mengikut analisis data bagi penyelidikan yang konvensional, tetapi cukup setakat menggunakan laporan pemerhatian, peratus atau bilangan sahaja. Perkara yang perlu diberikan penekanan untuk menganalisis data ini ialah perubahan yang berlaku terhadap pelajar-pelajar itu yang biasanya dilihat dari sudut perubahan tingkah laku ataupun perubahan dari segi markah yang diperoleh oleh pelajar-pelajar tersebut. Hal ini demikian kerana, sampel kajian tindakan ini tidaklah besar dan yang pentingnya ialah dapatan yang diperoleh hasil analisis data tersebut. Oleh hal yang demikian, analisis data kajian tindakan juga kebiasaannya melibatkan kaedah kualitatif di samping kaedah yang biasa digunakan iaitu kaedah kuantitatif. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan kajian tindakan selalunya melibatkan kajian kes atau aspek yang berkaitan dengan sikap, tingkah laku atau tabiat yang sukar diukur dengan nombor.

Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim


Contoh Format Laporan Kajian Tindakan


1. Muka depan – Tajuk Kajian, Nama penyelidik, nama institusi, dan tahun.

2. Abstrak

3. Refleksi masalah

4. Masalah yang dikaji

5. Objektif kajian

6. Kumpulan sasaran

7. Perancangan aktiviti

8. Pelaksanaan aktiviti

9. Analisis tinjauan masalah

10.Keputusan ujian pra dan ujian post (jika ada)

11. Refleksi keputusan ujian sebelum dan selepas tindakan dijalankan

12. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran (jika ada)

13. Penilaian dan pengukuhan

14. Lampiran (jika ada)

15. Rujukan

Ketua Penyelidikan Pra-U SMK.BBST