Khamis, 8 Julai 2010

Hadiah dan Sijil Penghargaan Kolokium Pra-U SMKBBST 2010

1. Hadiah akan diberikan kepada 3 kumpulan yang mendapat markah tertinggi dalam kolokium. Hadiah bagi tempat pertama adalah dalam bentuk piala pusingan.

2. Sijil penghargaan akan diberikan kepada 3 kumpulan terbaik berdasarkan persediaan dan persembahan dalam kolokium mengikut kategori iaitu:

i. Persembahan kumpulan

ii. Persembahan bahan

iii. Penyediaan bahan

3. Sijil penghargaan khas untuk persembahan individu terbaik.

Hadiah akan disampaikan dalam majlis Hari Apresiasi Sekolah.

Hadiah dan Sijil Penghargaan Kolokium Pra-U SMKBBST 2010

1. Hadiah PertamaKumpulan 4 (Mohd Faezuddin Mertadza, Amira Roslin & Khairunnisa Nik Malezan)

Hadiah Kedua - Kumpulan 10 (Muhammad Azlan Ramli, Rupini Yesudasan & Halimaton Misran)

Hadiah Ketiga - Kumpulan 8 (Huzaifah Fezari Abd. Halim, Nor Fazlina Idris & Fatin Nabilah Yusri)

2. Sijil penghargaan diberikan kepada 3 kumpulan terbaik berdasarkan persediaan dan persembahan dalam kolokium mengikut kategori iaitu:
i. Persembahan kumpulan terbaik – Kumpulan 4 (Mohd Faezuddin Mertadza, Amira Roslin & Khairunnisa Nik Malezan)
ii. Persembahan bahan terbaik – Kumpulan 8 (Huzaifah Fezari Abd. Halim, Nor Fazlina Idris & Fatin Nabilah Yusri)
iii. Penyediaan bahan terbaik – Kumpulan 10 (Muhammad Azlan Ramli, Rupini Yesudasan & Halimaton Misran)

3. Persembahan individu terbaik – Mohd. Faezuddin Mertadza

Cikgu Mohd Khir Kassim
Ketua Penyelidikan Pra-U SMKBBST

Gambar Kolokium Pra-U

Pengetua turut hadir untuk menyaksikan persembahan kolokium pelajar pra-U

Cikgu Khir sedang memantau persiapan kolokium pelajar pra-U
Dua orang penilai dedikasi - Pn. Rohani dan Pn Mardhiah

Cikgu Puvana sedang membimbing pelajar-pelajarnya.
Cikgu Anidah sedang menunjukkan cara untuk membuat persembahan slide power point.

Guru-guru pembimbing yang komited dan dedikasi.

Isnin, 5 Julai 2010

Carta Organisasi Penyelidikan T6 2010

Folio Penyelidikan Guru/Pensyarah Pra-U

Isi Kandungan Folio Penyelidikan

•Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.

•Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar

•Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.

•Jadual konsultasi dengan pelajar

•Laporan konsultasi dengan pelajar

•Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan kemajuan))

•Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.

•Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)

•Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.

•Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.

•Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan

•Penulisan laporan/hasil penyelidikan

•Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa